Monday, July 20, 2009

Bertemu Ketua Geng Naga.

Minggu ini aku balik kampung dan berjumpa dengan kawan baik aku, Azril Rizal, Ketua Geng Naga, geng cycling kawan-kawan aku di Kangar. Aku pernah join geng ni ketika pulang ke kampung aku suatu ketika dulu.
Pada hari Ahad baru-baru ni, aku telah berkayuh bersama Azril dari Kangar ke Arau dan Mata Air dan seterusnya kembali ke Kangar.




MTB MERIDA yang cantik dan gagah





Saddle MERIDA ni, siap dengan pam gel.





Ada hidraulik brek lagi.





Ni gambar keseluruhan MERIDA tu.





Ini lah tuan MERIDA tu, Azril Rizal

Ketua Geng Naga.



Thursday, July 16, 2009

Beberapa Aktiviti-Aktiviti Solo Aku


Ini adalah himpunan beberapa aktiviti solo aku dalam beberapa ketika ini. Aktiviti adalah di beberapa kawasan di sekitar Langkawi ini.

Semasa melalui MARDI kat Jalan Batu Asah, dalam perjalanan pulang daripada kayuhan Kuah-Air Hangat-Ulu Melaka.



Semasa berhenti kat Pantai Pasir Hitam masa kayuhan Kuah-Air Hangat-Pasir Hitam





Kat Pantai Pasir Hitam, Langkawi




Kat Papan Maklumat Langkawi Geopark, Pantai Chenang.






Depan Langkawi Underwater World, Pantai Chenang.

Bertambah Lagi Geng........


Minggu ini geng aku telah bertambah seorang lagi. Namanya Zainol, rakan sekerja aku juga. Lama juga aku dan Bidi memujuk Zainol untuk menyertai kami. Akhirnya..........




Ni yang tersandar di bawah pokok tu, basikal ahli baru geng kami.
Yang kat depan tu, yang nampak tayar belakang tu, basikal aku.





Ni la basikal RALEIGH Zainol, baru beli terus join aku kayuh petang tu.


Ni la Zainol, menjadikan geng aku dah tiga orang.

Ni semasa aku dan Zainol kayuh sehingga ke Jeti Marble melalui Jalan Penarak.

Latihan pertama beliau sebaik sahaja beli basikal tu.

Aku dan geng baru aku, Zainol.