Tuesday, August 31, 2010

Kayuhan Malam GKL

Pada 25 Ogos yg lalu, aku bersama kawan-kawan GKL telah melakukan kayuhan malam dari Kuah ke Padang Matsirat melalui Pemandangan Indah, Bukit Chengkuan. Kayuhan ini disertai oleh Bidde, Non, Awie, Fazze, Isc, Raddine dan sorang ahli baru group kami, Rai.

Saksi lah gambar-gambar trip malam kami ini.


Rehat sekejap setelah mendaki kat Sungai Menghulu.





Kayuhan Malam yang menyeronokkan.





GKL Night Rides.



Berehat sekejap kat Mata Air - Simpang ke Tok Senik





Fazrul dengan gaya tetapnya.... he he he





Besemangat & seronok walaupun agak tercungap selepas mendaki kat Padang Golf.

Nampak tak Fazrul dengan gayanya yang mahsyur itu. Non tetap maintain.



Ni kat Simpang Perana, juga berehat selepas pendakian ke 3. Ambik nafas lagi.



Berhenti minum-minum kat Padang Matsirat. Fazrul tetap dengan gayanya walaupun kat meja makan.


Bidde kalau bergaya, memang pakar punya... Rai dok jeling saja. Awie dok tengok cicak ke tokke kat siling kedai.


Ada lagi kayuhan malam yang bakal menyusul terutamanya pada bulan puasa ni.



Kembali Berkayuh


Setelah sekian lama berehat disebabkan kecederaan pada meniskus dan ligamen lutut sebelah kanan kaki aku, aku telah pun memulakan kemabali kayuhan. Namun begitu, buat ketika ini aku telah bertukar kepada roadbike - Louis Garneau MER. Aku menggunakan roadbike kerana bagi aku ianya lebih ringan dan aku hanya berkayuh di atas jalan saja, tidak seperti sebelum ini yang banyak lakukan kayuhan offroad.
Inilah Louis Garneau MER yang aku gunakan buat masa ini.
Bergambar sebelum kayuhan pertama LG ini.
Berhenti sekejap berhampiran Markas TLDM Wilayah Utara.

Semasa kayuhan Kuah - Air Hangat - Ulu Melaka - Sungai Menghulu - Kuah.