Saturday, December 19, 2009

MTB Arts.

Minat kat MTB punya pasal, aku dengan kebolehan yang tak seberapa ni telah membina sebuah MTB bersaiz sebenar beberapa hari lalu. MTB aku ni aku bina dengan menggunakan surat khabar sebagai bahan asasnya dan juga tisu tandas, selain gam dan kad kotak yang terbuang. Belum siap lagi, baru 35%. nanti siap sepenuhnya, aku akan tambah lagi gambar-gambar MTB aku ni. Saksikanlah .......
















Friday, December 4, 2009

LISRAM Sweating Climb.....

Pada 2 hb Disember yang lalu, Fazrul, Bidi, Razif, Mr. Nasran dan aku telah berjaya melakukan kayuhan hingga ke LISRAM, lebih kurang 30 meter dari aras laut, mendaki hingga ke pintu pagar LISRAM tersebut.

Berpeluh sakan juga la nak sampai ke situ dan tercungap-cungap juga la. Ada yang berjaya sampai setelah cubaan yang kedua dan ada yang pertama kali sampai.
Fazrul baru sampai..., siap melambai lagi.. Nampak tak Mr. Nasran di belakang tu




Ni Mr. Nasran, baru sampai, dalam kepenatan dan 'kepeluhan'





Masing-masing rasa puas sampai kat sini, berjaya mendaki bukit ke LISRAM ni.



Alangkah puasnya hati kami ..... walaupun ada yang berjaya dalam cubaan kedua,
masa cubaan pertama, sekerat jalan saja, rasa macam nak mati.... he..he..he




Bergaya sakan nampak



Lepas ni, dok rancang nak naik Gunung Raya pulak.. tak tau la bila...








Sunday, November 15, 2009

Ekspedisi Mengelilingi Langkawi Terakhir 2009.

Sabtu, 14 November 2009, aku bersama kawan-kawan, Bidi, Zainol, Awie, Razif, Hashim dan seorang rider veteren, Pak Musa telah mengadakan satu ekspedisi mengelilingi Langkawi. Bermula jam 8.00 pagi, kami berkumpul di Stesen Minyak Petronas dan memulakan kayuhan dengan melalui bandar Kuah, merentasi Jalan Bukit Malut, Pelabuhan Tanjung Lembung serta kawasan kem Tentera Laut Di Raja Malaysia Wilayah Utara sehingga ke Temoyong.




Berhenti rehat sekejap berhampiran kem TLDM Wilayah Utara.


Dari Temoyong, kami melalui kawasan Pantai Chenang dan berkayuh sehingga ke Kuala Teriang.


Berhenti bergambar sekejap kat Jambatan Kuala Melaka


Dari Kuala Teriang, kami berkayuh merentasi kawasan berbukit yang agak mencabar, yang beberapa kali terpaksa berkayuh mendaki kawasan yang agak tinggi, sehingga lah sampai di Telaga Harbour Park. Di situ kami berehat sekejap setelah hampir 'habis nyawa' sambil menikmati pemandangan yang indah serta bertukar-tukar pengalaman tentang teknik dan strategi kayuhan.

Bergambar kat Telaga Harbour Park.





Rider veteren, Pak Musa, orang PERTAMA yang sampai di
Telaga Harbour Park, TAPI.......... pertama dari BELAKANG la


Setelah lebih kurang 10 minit berehat, kami meneruskan kayuhan menuju ke Air Hangat, lebih kurang 15 kilometer dari Telaga Harbour Park. Setelah beberapa lama berkayuh, kami sampai di Ewa dan berhenti sekejap di Pantai Teluk Yu. Kat situ, kami bertemu dengan seorang lagi rider veteren, seorang warga Sweden, lupa pulak nak tanya nama dia. Menurut beliau, beliau berkayuh dari Pantai Chenang. Melihat pada orangnya, kami agak beliau dalam usia 65 tahun tetapi gagah berkayuh dan lebih hebat lagi, tak pakai baju.


Lihatlah deretan MTB kami kat Pantai Teluk Yu.




Aku, Zainol dan Razif.



Lepas tu, Bidi pulak masuk sekali...



Masing-masing keletihan tapi sempat dok rancang strategi,
nak berenti kat mana pulak lepas ni, soru la, dah tengahari


Ni lah kami yang menyertai ekspedisi kali ini, bersama
rider veteren dari Sweden. tengok tu, tak pakai baju pun.



Kasihan Hashim, teruk keletihan. Rider veteren tu dok gelak
saja tengok dia.

Dari Teluk Yu, kami berkayuh sehingga ke Air Hangat dan seterusnya melalui Kilim, Kisap sehinggalah ke rumah masing-masing. Ekspedisi kali ini melalui jarak lebih kurang 60 kilometer.
Agak panas dan letih bila terpaksa melawan angin yang agak kuat, tapi kami tetap berpuas hati. Inilah ekspedisi terakhir beramai-ramai geng kami bagi tahun 2009 ini.

















Saturday, November 14, 2009

Senjata Terkini.....

Setelah lama mencari, memantau, membanding, memilih serta dengan bantuan dan kerjasama kawan-kawan, akhirnya aku telah memiliki sebuah MTB jenama SPECIALIZED S-WORKS M5. MTB ini amat menarik perhatian aku kerana mempunyai set-set berikut:


Crankset: Truvativ Stylo.
FD: Shimano XT.
RD: Shimano XT.
Shifter: Shimano XT.
Brake: Shimano Hidraulic Brake.Hub: Novatech
Wheelset: WTB Dual Duty, Tyre: Maxxix Cross Mark 2.1
Handle bar: SCOTT Strike.
Seat post: Thompson Elite
Fork: Rock Shox TORA.
Chain: KMC.
Gearset: SRAM 9 Speed.

Saksikanlah gambar-gambar 'senjata' terbaru aku di bawah.




























Tidak berapa lama kemudian, aku telah membuat beberapa pengubahan beberapa parts pada MTB aku ni. Antaranya ialah.....
Handle bar aku tukar kepada FSA Carbon, stem aku tukar kepada UNO Aluminium 7050,
tambah wireles Cateye meter/computer.
Saddle lama aku gantikan dengan Selle Italia
Tayar, KENDA KWICKROLLER Sport
Inilah MTB aku sekarang.



























Tuesday, September 29, 2009

G7 Dah Jadi G8....


Pada hari Ahad, 27 September yang lalu, geng kami telah bertambah lagi sorang dan dengan itu G7 bertukar menjadi G8.

Dengan semangat yang membara dan berkobar-kobar, beliau, buat pertama kalinya menyertai kami dalam kayuhan mendaki Bukit Beringin, yang mana merupakan laluan WAJIB bagi ahli baru. Bukannya RAGING, tetapi itulah ritual yang perlu dilalui setiap ahli baru geng kami.

Lihatlah aksi-aksi geng terbaru kami ini.


Nampak tak kelibat samar-samar baju warna oren, ditemani penasihat beliau
sedang mendaki puncak Bukit Beringin.




.......... semakin menghampiri...





Sedang mengeluh kekesalan.....

"Cissss! kalau aku tau macam ni punya teruk, tobat aku tak ikut,
Penasihat pun dok gelak kat aku pulak"




Tengokla basikal dia, merah-putih, siap tayar jalur biru lagi...




"Hangpa jangan dok gelak kat aku, nanti aku tendang baru tau!"

"Sabar, sabar, mengucap banyak-banyak" nasihat orang yang kat atas motor tu.
Boleh teka siapa ahli baru geng kami ni?

Sorang dah kena, tengok dah jatuh tekangkang. Gelak lagi kat dia..


Sejam sebelum tu.........




"Hangpa jaga, dengan basikal aku yang hebat ni, tak dak sapa boleh lawan punya,
walaupun Bidi, Bukit Beringin, tunggu kedatangan ku, he... he... he..."

Ni la geng terbaru kami, Awi, sedang berangan sambil tersenyum, nak tewaskan otai-otai dalam geng kami, bersama basikalnya, tapi,
JANGAN HARAP LA.....

Sunday, August 30, 2009

Kayuhan Merdeka 2009 Gerekthon Langkawi



Pada Ogos yang lalu, aku, Bidi dan Fazrul telah menyertai Program Kayuhan Merdeka 2009, sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun ini. Ramai peserta dari pelbagai peringkat umur turut menyemarakkan aktiviti sambutan ini.

Selain dari aktiviti kayuhan ini, ekspedisi bermotosikal ju
ga turut diadakan di samping aktiviti berbasikal untuk pelajar-pelajar sekolah rendah.

Program Gerekthon Kayuhan Merdeka ini bermula di Dataran Lang ke Pantai Chenang dan berakhir di Kompleks Pekan Rabu, Kuah.



Di antara ramai peserta akviti Gerekthon Kayuhan Merdeka 2009.



Bidi dan Fazrul begitu bersemangat untuk memulakan kayuhan.
Semangat Merdeka la katakan.



Fazrul dan Bidi sedang bersedia untuk memulakan aktiviti ini.



Muda-muda lagi telah mengenali erti dan semangat kemerdekaan.
Di antara peserta-peserta muda aktiviti kayuhan ini.



Gambar macam ni mesti ada setiap kali aktiviti kayuhan aku.



Wednesday, August 12, 2009

G7 & Padang Matsirat


Selasa, 11 Ogos 2009, satu lagi sejarah telah tercipta bagi geng kami. Walaupun telah beberapa hari rancangan untuk berkayuh ke Padang Matsirat, namun hanya pada 11 ogos baru-baru ini, barulah rancangan tersebut berjaya dilaksanakan.
Trip kali ini G7 disertai oleh Bidi, Li, Mat, Zainol, Fazrul, Hashim dan aku.
Kami sepatutnya memulakan kayuhan pada pukul 5.15 petang, tapi disebabkan basikal Fazrul telah mengalami sedikit masalah dan perlu pembaikan segera, maka kami telah memulakan kayuhan pada jam 6.15 petang.
Semasa menunggu Fazrul dan Bidi, semangat setiakawan katakan.


Tiba kat Persimpangan Perana - Ulu Melaka.

Rehat sebentar, ambik nyawa, sebelum mendaki kat Pemandangan Indah,
Bukit Chengkuan.


Kat Persimpangan Padang Matsirat - Pantai Chenang.


Dok ambik gambar orang lain saja, ambik gambar sendiri pulak la.



Tengok la sebaris MTB kat kawasan pandai berdekatan dengan airport Langkawi,
buat setting sikit.




Antara ahli G7, dua orang sedang menghantar laporan kat HQ mereka.


Dalam perjalanan ke Pantai Chenang, masih tersenyum walaupun dah 28 km kayuhan.

Bidi sedang melambai gembira, Zainol sedang mengejar dari belakang.

Aktiviti terakhir trip ni, berenti kat restoren, makan-makan & minum-minum la.