Sunday, February 7, 2010

Offroad @ Hutan Kisap

Pada 3 Februari yang lalu, aku bersama geng aku, Matte, Fazrul, Pak Musa dan Mr Nasran, serta disertai bersama Art & kawan-kawan dari team 99bikes telah melakukan kayuhan offroad di sekitar kawasan hutan dan berbukit di Kisap. Kawasan ini sebenarnya pernah kami masuki tetapi dalam jarak yang singkat dan kurang mencabar.

Sedang menunggu kawan-kawan lain.

Kali ini, laluan yang dibawa oleh Art agak mencabar dengan beberapa pendakian yang agak panjang dan menyesakkan nafas. Bermula dengan laluan yang agak rata sehinggalah berjumpa dengan jeram kecil dan berbatu. Di situ bermulalah pendakian yang mencabar juga kerana terpaksa mendaki dalam laluan yang berbatu besar dan timbul-timbul.


Dari situ, kami meredah kawasan belukar dengan laluan yang sempit, kemudian bertemu dengan dua penurunan dan belokan yang tajam. Setelah itu melalui kawasan kebun getah yang berbatu pasir dan agak licin.

Setelah tamat laluan pertama, kami meneruskan kayuhan ke laluan kedua di kawasan yang sama. Mulanya jalan mini tar dilalui sepanjang 200 meter dan pada penghujung jalan ini, kami mula mendaki kawasan berbukit yang sejauh lebih kurang 500 meter dan berbentuk spiral. laluan ini juga agak mencabar yang akan menguji ketahanan seseorang penunggang sama ada dari segi mental ataupun fizikal.



Dari sini kami telah melalui kawasan penurunan yang agak panjang dengan belokan-belokan yang tajam serta pokok-pokok dan semak yang agak tebal.


Ketika sampai di kawasan rata di atas bukit tersebut selepas pendakian
sejauh lebih kurang 500 meter
.





Berhenti sekejap, 'ambil angin'






Lihatlah cerun yang agak curam di bawah sana.



Pak Musa masih menarik nafas selepas kepenatan.





Fazrul, kali kedua ke sini dan masih tetap mahu datang lagi.
"Best", katanya.



Selepas penurunan itu, kami mendaki satu lagi kawasan berbukit yang agak tinggi dengan jarak kira-kira 200 meter dan aku terpaksa menggunakan semua gear yang paling rendah. kalau tidak, boleh pengsan dibuatnya.
Matte dan Mr Nasran selepas mendaki bukit ketiga.




Matte sedang mendaki...


Mula menuruni bukit ketiga dengan laluan sempit yang berbelukar dan semak
Penurunan pada ketika ini berjarak kira-kira 800 meter.




Tayar Bob dan Art pancit pulak.....




Inilah kami yang menyertai kayuhan Offroad @ Hutan Kisap kali ini
















Offroad 2: Bukit Hantu

BUKIT HANTU - Dengar namanya saja sudah mendatangkan kegerunan apatah lagi pada aku yang pertama kali menjejaki kawasan ini. Ini adalah pengalaman offroad yang ketiga bagi aku dan yang pertama di kawasan ini.
Pada 29 Januari yang lalu, aku bersama otai MTB, Ah Chai dan seorang mat salleh veteren dari Kanada, Garnett, telah menjelajah kawasan berbukit, berhutan dan berladang getah ini mulai jam 5.30 petang. Penjelajahan kawasan ini, melalui kawasan perumahan Taman Kenari dan mula menuruni laluan di belakang Taman Kenari tersebut. lebih kurang 100 meter penurunan yang agak curam dan bahaya, bermulalah pendakian 3 buah bukit, sepanjang kira-kira 1 km.
Sedang mendaki di laluan bukit yang kedua
Mulanya laluan mengikuti jalan mini tar sehinggalah bertemu laluan mendaki di dalam kawasan berhutan dan kemudian menuruni laluan berbatu sepanjang lebih kurang 400 meter yang mana pada hujungnya terdapat satu selekoh berbentuk 'V'.
Setelah sampai di bukit ketiga, kita akan memasuki laluan ini, mula dengan mendaki cerun dan kemudian menuruni kawasan belukar.
Penurunan selepas selekoh 'V'. Kawasan ini dipenuhi batu-batu 'loose' dan cerun curam dengan pokok-pokok getah di sebelahnya.
Penurunan yang berikutnya, keadaannya sama seperti penurunan sebelumnya, cuma yang
ini terdapat lopak laluan air yang besar.
Selepas selekoh ini, kita akan berjumpa dengan dua laluan menurun yang agak curam dan bahaya di mana di kedua-dua laluan ini, terdapat batu-batu 'loose' yang agak besar dan di sebelah laluan tersebut adalah kawasan bercerun curam pokok-pokok getah.
Lihatlah kecuraman di bawah sana. Kita boleh nampak laut dari sini.
Setelah melepasi kawasan penurunan tersebut, kita akan kembali mendaki di dalam kebun getah dan di sinilah yang menentukan kekuatan kita sebenarnya.
Mendaki dan terus mendaki
Pendakian yang berterusan dan agak memeritkan sejauh 150 meter. Selepas beberapa pendakian dan penurunan yang mencabar mental dan fizikal, kita akan bertemu dengan satu kawasan bukit berbatuan hitam yang berbatu 'loose'.
Kawasan inilah yang paling mencabar bagi aku. Penurunannya agak curam dan dipenuhi batu-batu 'loose' yang agak besar.
Penurunan dari kawasan ini memerlukan daya kawalan basikal yang baik dan ketahanan mental yang tinggi kerana di sini lah terdapat cerun menurun yang paling tinggi iaitu sekitar 35 darjah ditambah pula dengan batu-batu 'loose' tersebut.
Kawasan Bukit Hantu ini adalah kawasan offroad yang paling mencabar yang pernah aku lalui setakat ini. Terima kasih kepada Ah Chai kerana telah membawa aku ke sini dan mengajar aku bagaimana mengendalikan MTB aku di kawasan seperti ini.


Otai MTB, Ah Chai & Garnett, merentasi Bukit Hantu bersama ku.