Sunday, February 7, 2010

Offroad @ Hutan Kisap

Pada 3 Februari yang lalu, aku bersama geng aku, Matte, Fazrul, Pak Musa dan Mr Nasran, serta disertai bersama Art & kawan-kawan dari team 99bikes telah melakukan kayuhan offroad di sekitar kawasan hutan dan berbukit di Kisap. Kawasan ini sebenarnya pernah kami masuki tetapi dalam jarak yang singkat dan kurang mencabar.

Sedang menunggu kawan-kawan lain.

Kali ini, laluan yang dibawa oleh Art agak mencabar dengan beberapa pendakian yang agak panjang dan menyesakkan nafas. Bermula dengan laluan yang agak rata sehinggalah berjumpa dengan jeram kecil dan berbatu. Di situ bermulalah pendakian yang mencabar juga kerana terpaksa mendaki dalam laluan yang berbatu besar dan timbul-timbul.


Dari situ, kami meredah kawasan belukar dengan laluan yang sempit, kemudian bertemu dengan dua penurunan dan belokan yang tajam. Setelah itu melalui kawasan kebun getah yang berbatu pasir dan agak licin.

Setelah tamat laluan pertama, kami meneruskan kayuhan ke laluan kedua di kawasan yang sama. Mulanya jalan mini tar dilalui sepanjang 200 meter dan pada penghujung jalan ini, kami mula mendaki kawasan berbukit yang sejauh lebih kurang 500 meter dan berbentuk spiral. laluan ini juga agak mencabar yang akan menguji ketahanan seseorang penunggang sama ada dari segi mental ataupun fizikal.



Dari sini kami telah melalui kawasan penurunan yang agak panjang dengan belokan-belokan yang tajam serta pokok-pokok dan semak yang agak tebal.


Ketika sampai di kawasan rata di atas bukit tersebut selepas pendakian
sejauh lebih kurang 500 meter
.





Berhenti sekejap, 'ambil angin'






Lihatlah cerun yang agak curam di bawah sana.



Pak Musa masih menarik nafas selepas kepenatan.





Fazrul, kali kedua ke sini dan masih tetap mahu datang lagi.
"Best", katanya.



Selepas penurunan itu, kami mendaki satu lagi kawasan berbukit yang agak tinggi dengan jarak kira-kira 200 meter dan aku terpaksa menggunakan semua gear yang paling rendah. kalau tidak, boleh pengsan dibuatnya.
Matte dan Mr Nasran selepas mendaki bukit ketiga.




Matte sedang mendaki...


Mula menuruni bukit ketiga dengan laluan sempit yang berbelukar dan semak
Penurunan pada ketika ini berjarak kira-kira 800 meter.




Tayar Bob dan Art pancit pulak.....




Inilah kami yang menyertai kayuhan Offroad @ Hutan Kisap kali ini
















No comments:

Post a Comment