Sunday, August 30, 2009

Kayuhan Merdeka 2009 Gerekthon Langkawi



Pada Ogos yang lalu, aku, Bidi dan Fazrul telah menyertai Program Kayuhan Merdeka 2009, sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun ini. Ramai peserta dari pelbagai peringkat umur turut menyemarakkan aktiviti sambutan ini.

Selain dari aktiviti kayuhan ini, ekspedisi bermotosikal ju
ga turut diadakan di samping aktiviti berbasikal untuk pelajar-pelajar sekolah rendah.

Program Gerekthon Kayuhan Merdeka ini bermula di Dataran Lang ke Pantai Chenang dan berakhir di Kompleks Pekan Rabu, Kuah.



Di antara ramai peserta akviti Gerekthon Kayuhan Merdeka 2009.



Bidi dan Fazrul begitu bersemangat untuk memulakan kayuhan.
Semangat Merdeka la katakan.



Fazrul dan Bidi sedang bersedia untuk memulakan aktiviti ini.



Muda-muda lagi telah mengenali erti dan semangat kemerdekaan.
Di antara peserta-peserta muda aktiviti kayuhan ini.



Gambar macam ni mesti ada setiap kali aktiviti kayuhan aku.



Wednesday, August 12, 2009

G7 & Padang Matsirat


Selasa, 11 Ogos 2009, satu lagi sejarah telah tercipta bagi geng kami. Walaupun telah beberapa hari rancangan untuk berkayuh ke Padang Matsirat, namun hanya pada 11 ogos baru-baru ini, barulah rancangan tersebut berjaya dilaksanakan.
Trip kali ini G7 disertai oleh Bidi, Li, Mat, Zainol, Fazrul, Hashim dan aku.
Kami sepatutnya memulakan kayuhan pada pukul 5.15 petang, tapi disebabkan basikal Fazrul telah mengalami sedikit masalah dan perlu pembaikan segera, maka kami telah memulakan kayuhan pada jam 6.15 petang.
Semasa menunggu Fazrul dan Bidi, semangat setiakawan katakan.


Tiba kat Persimpangan Perana - Ulu Melaka.

Rehat sebentar, ambik nyawa, sebelum mendaki kat Pemandangan Indah,
Bukit Chengkuan.


Kat Persimpangan Padang Matsirat - Pantai Chenang.


Dok ambik gambar orang lain saja, ambik gambar sendiri pulak la.



Tengok la sebaris MTB kat kawasan pandai berdekatan dengan airport Langkawi,
buat setting sikit.




Antara ahli G7, dua orang sedang menghantar laporan kat HQ mereka.


Dalam perjalanan ke Pantai Chenang, masih tersenyum walaupun dah 28 km kayuhan.

Bidi sedang melambai gembira, Zainol sedang mengejar dari belakang.

Aktiviti terakhir trip ni, berenti kat restoren, makan-makan & minum-minum la.

Relaks..... Cuba Uji Diri Sendiri.

CUBA UJI DIRI SENDIRI.
Jawapan boleh dicari dengan merujuk semua post kami sebelum ini.
Arahan: Lihat gambar 3 orang geng kami di bawah ini. Cari yang mana satukah MTB mereka.
Tarikh tutup : Bulan depan, lepas raya.























































MTB - MTB GENG KAMI











Tuan MTB ni ialah AAAAAA.












Tuan MTB ni : BBBBBBB.








Tuan MTB ni : CCCCCCC.










Tuan MTB ni : DDDDDDDD












Tuan MTB ni : XXXXXXX








Tuan MTB ni : ZZZZZZZ.








Tuan MTB ni : TTTTTTT















Kesegaran Alam..(Geng Baru Lagi)

Kali ini aku nak menceritakan pengalaman kali pertama aku dan geng aku berkayuh memasuki kawasan kampung dan hutan. Pada trip kali ini, kami berkayuh melalui beberapa buah kampung di pinggir bandar Kuah sehingga ke perkampungan KEDA. Berhampiran perkampungan KEDA, kami memasuki satu jalan kecil yang merentasi kawasan berhutan dan melintasi 2 buah anak sungai. Bagi aku, Bidi, Mat, Zainol dan seorang lagi geng baru kami, iaitu Hashim. Dalam trip ini, Hashim turut membawa kami ke dusun beliau dan menikmati buah-buahan yang lazat di sana.

Lokasi : Perkampungan pinggir Kuah - Perkampungan KEDA - Kampung Kisap -
Ladang Sungai Raya - Kuah.





MTB geng baru kami, Hashim. Hari tu beli, hari tu terus kayuh.



Zainol dan Bidi sedang menikmati rambai.

Hashim sedang melayan tetamu.


Kami bersama geng baru, Hashim (kiri sekali)
kat kebun beliau.






Saksikan video clip trip kami kali ini.


Wednesday, August 5, 2009

Peningkatan Yang Menggalakkan

Pada hari ini, satu lagi sejarah telah tercipta bila geng kayuh aku semakin bertambah dan penambahannya boleh dikatakan amat menggalakkan. Pada trip kali ni aku bersama Bidi, Zainol, Mat, Li serta dua lagi ahli terbaru, Fazrul dan Ridzuan, yang bersemangat memulakan kayuhan pertama pada hari ini. Bolehlah dikatakan sebagai latihan buat mereka berdua.

Kami memulakan kayuhan di Stesen Petronas, Jalan Air Hangat. Sebelum memulakan kayuhan, Ridzuan yang juga seorang pakar dalam bidang perbasikalan ini telah memeriksa setting basikal yang telah lama tidak dikayuh.

Dari Stesen Petronas tersebut, kami berkonvoi hingga ke Bukit Tekuh dan berpatah balik ke Kuah.



Di Stesen Petronas, Jalan Air Hangat, sebelum memulakan kayuhan.



Singgah berehat sekejap setelah mendaki kat Sungai Menghulu.




Tengokla MTB kami, bersusun-susun. Ni masa berenti minum la.

Saturday, August 1, 2009

Round Langkawi III

Hari ini, hari pertama bulan Ogos 2009. Sekali lagi aku telah berjaya membuat kayuhan solo mengelilingi Langkawi. Kali ini jarak yang dilalui lebih jauh berbanding dengan kayuhan mengeliling Langkawi yang lalu.



Pada kayuhan kali ini, seperti biasa aku bermula dari Kuah, ke Ayer Hangat.


Kat Air Hangat. Di restoren seorang makcik yang baik.


Aku singgah sekejap di Pantai Teluk Yu, tempat yang aku mesti singgah setiap kayuhan mengelilingi Langkawi.





Posing kat Pantai Teluk Yu


Dari situ aku meneruskan kayuhan melalui Ewa ke Telaga Harbour Park. Dari Telaga Harbour, aku meneruskan kayuhan ke Pantai Kok, terus ke Berjaya Resort yang mana terdapat Pintu Masuk ke Kereta kabel Langkawi. Dari situ, aku terus mengayuh hingga ke Kelab Kuda Langkawi.

Ke Kelab Kuda Langkawi, Kereta Kabel dan Telaga Tujuh.


Tetapi, dalam kayuhan kali ini aku terpaksa menghadapi hujan sebanyak 4 kali dan yang paling lebat semasa menghampiri Telaga Harbour Park sehingga aku terpaksa berhenti untuk berlindung di situ.
Telaga Harbour Park - Berteduh dari hujan lebat.


Aku berpatah balik terus mengayuh ke Kuala Teriang melalui kawasan lereng bukit yang mana kita boleh melihat pantai dan laut yang indah di bawahnya. Dari Kuala Teriang, aku mengayuh ke Pantai Chenang, terus melalui Temoyong, Kedawang dan akhir sekali sampai di Kuah.