Friday, January 22, 2010

Kisap Forest Rides

Pada 20 dan 21 Januari baru-baru ini kami telah melakukan kayuhan offroad di satu kawasan b erhutan di Kisap. Trek ini begitu menyeronokkan kerana terdapat laluan yang agak mencabar seperti melintas anak sungai berbatu, mendaki dan menuruni curam yang berbatu agak besar-besar. Namun begitu, kami berasa amat berpuas hati dengan pengalaman kali ini. Terima kasih buat saudara Art dari 99Bikers dan kawan beliau yang banyak membantu kami dalam mengharungi trek ini.


Geng kami pada kayuhan hari pertama, separuh jalan saja.

Masing-masing seronok dan bangga, buat pertama kali menawan trek ini.







Berehat sekejap sambil tunggu kawan-kawan sampai






Menunggu giliran untuk menuruni kawasan curam berbatu, maklumlah
baru pertama kali melalui kawasan ini








Tengah perjalanan, tayar Matte pancit pulak. nasib baik Ah Chai dapat menghulurkan bantuan dan dengan kepakaran Art, dapatlah Matte meneruskan kayuhan.
Thanks Ah Chai & Art.

Moral dari kisah ini: jangan lupa bawa tube spare.






Kayuhan tetap diteruskan walaupun jam telah menunjukkan hampir 7.00 malam.






Ini lah geng kami yang buat pertama kalinya berjaya merentasi kawasan hutan Kisap yang agak
mencabar bagi kami yang baru menceburi offroad riding ini.