Saturday, April 10, 2010

CEDERA! Tapi bukan kerana BASIKAL

21 Mac 2010, hari yang agak malang bagi aku. Aku terjatuh dan tercedera semasa melatih pelajar-pelajar aku lari berpagar. Setelah di X-ray, 2 kali, didapati semua tulang-tulang yang berkaitan tidak langsung cedera, patah atau retak.

Jangkaan doktor, boleh jadi ligamen atau otot pada paha dan lutut sebelah kanan aku terkoyak. Jadi aku dirujuk kepada Pakar Otopedik pada 22 April nanti.

Setelah diperiksan oleh Pakar Ortopedik, adalah disahkan bahawa MENISCUS pada sebelah kanan kai aku terkoyak. Aku dinasihatkan untuk melupakan seketika aktiviti-aktiviti lasak yang melibatkan penggunaan kaki untuk beberapa ketika. Aku juga telah menjalani beberapa sesi fisioterapi sehingga ke hari ini.

Pada 18 Julai nanti, aku dikehendaki menjalani sesi MRI di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star.

Yang menyedihkan aku, aktiviti kayuhan terpaksa aku lupakan, walaupun dok geram tengok basikal aku yang telah diupgradekan tu.

Haiiii,,,,,...... sabar je lah....









Terima kasih buat kakak Missi yang baik hati ni. Walaupun sarat mengandung, tetap menolak aku.



Terima kasih kepada FAZRUL kerana gambar-gambar ini.


Friday, April 9, 2010

Telah di Upgrade...... GIANT

Inilah rupa terbaru MTB aku setelah dibuat beberapa pengubahsuaian. Kerja-kerja pengubahsuaian ini telah dilakukan oleh kawan aku yang juga seorang pengusaha kedai basikal & MTB dan seorang biker yang terkenal di Langkawi ini, iaitu Art.

Art jugalah yang telah memperkenalkan aku dan group aku kepada kayuhan offroad dan beliau dan member-member dari team 99Bikes sering membawa kami menjelajah kawasan-kawasan kayuhan offroad di Langkawi ini.

Aku amat berpuashati dengan hasil tangan Art. Nikmatilah kehenseman MTB aku ini.





Handle bar TRUVATIV putih lagi - matching dengan frame.





Saddle - FIZIK GOBI XM, juga warna putih.

Tayar - KENDA KARMA 2.10 (depan) & KENDA NEVERGAL JOHN TOMAC 1.95 (belakang)
RIM - MAVIC 223
Art sedang 'setting'





Thursday, April 1, 2010

Bukit Hantu III - Rekod Baru Tercatat.

Pada 09 Mac 2010, satu lagi sejarah telah tercipta bila geng aku dan kawan-kawan yang seramai 16 orang telah mengadakan sekali lagi kayuhan ke Bukit Hantu - Theresa Dobby. Bilangan perserta teramai setakat ini dalam semua kayuhan offroad. Kali ini kami mengikut trek di belakang Taman Kenari, iaitu trek yang aku ikuti bersama dengan Ah Chai dan Garnett dulu. Cuma kali ini, kami mengambil jalan keluar di Theresa Dobby dan jalan keluar kali ini berbeza dengan jalan yang diikuti semasa kayuhan yang kedua.

Walaupun agak ramai, ternyata menyeronokan terutamanya bagi geng yang kali pertama ke sini seperti Nash, Raddine dan Nonn. Walaupun begitu aku kurang berpuas hati kerana trek laluan keluar agak pendek dan tidak mencabar.





Kat laluan masuk di belakang Taman Kenari. Dari sini nampak macam tak mencabar.
Masuk ke dalam, baru tau...





Berkumpul, bermesyuarat dan bertukar-tukar fikiran, demi kemajuan dan keselamatan bersama.


Ni semasa rehat sekejap kat hentian bukit pertama. Ambik nafas dan tunggu kawan-kawan yang masih kat belakang. Untuk ke sini, perlu kayuhan terus menaik sejauh 600 meter.



Matte puas walau agak tercungap, he3.




Nash dan Raddine sedang berbincang strategi seterusnya. Nak tinggal BIDI jauh di belakang, itu lah rancangan Nash. Nanti dulu, tak tau lagi apa ada kat depan tu... he3



Penurunan terus dan terdapat 'U Turn' di tengahnya. Kalau tersilap, boleh masuk semak kat sini. Di sini penurunan terus sebanyak 3 slope yang agak curam dan memerlukan kawalan MTB yang baik. Yang sebaiknya, turunkan saddle anda serendah yang boleh.


Raddine di belakang Garnett,,


Diikuti Bidde, Matte, Nash.. Ah Chai sebagai 'coach' dan 'instructor' sentiasa memberi tunjukajar dan perangsang kepada kami.







Masing-masing gembira setelah berjaya keluar.

Tunggu, kami pasti datang lagi.... Tak puas kayuh kat sini rasanya.