Sunday, March 7, 2010

Bukit Hantu II - Reversed!

28 Februari 2010, aku bersama Bidde & Matte dan turut disertai Ah Chai, Garnett, serta Art & the gang telah melakukan kayuhan ke Bukit Hantu sekali lagi. Bagi Bidde & Matte, inilah pengalaman pertama mereka ke Bukit Hantu. Pengalaman pertama mereka ini amat memeritkan bagi mereka berdua kerana laluan yang dibawa Art kali ini adalah berlawanan arah dengan laluan pertama yang aku lalui semasa kayuhan bersama Ah Chai & Garnett dulu.





Kali ini pendakian bermula di kawasan bukit berbatu ini. Batu-batunya yang 'loose' membuatkannya susah untuk didaki. Masing-masing terpaksa menolak MTB mereka.



Setelah pendakian tersebut dan penurunan yang agak panjang dan berbelok-belok, tiba di satu pendakian lagi yang agak panjang dan kami terpaksa melalui 2 pendakian di kawasan ini.
Bagi yang kurang stimina seperti kami ini, menolak MTB pulak la, he3...

Inilah tempat kami berehat sekejap pada separuh pendakian. Ada separuh pendakian lagi selepas ini yang boleh mencabut nyawa anda.

Inilah separuh lagi laluan pendakian yang kami tempuhi. Macamana kami laluinya?
Jangan tanya la....


'Orang' lama pun kena tolak MTB jgk, apatah lagi kami yang baru ni...... he3. Tengok la kecuraman kawasan ini.
Bob sedang menolak MTB nya dalam kesedihan.....



Pengalaman pertama Matte: Seronok walaupun agak menyiksakan
he3.
Geng lain, bila lagi?



Bidde, sampai terpaksa buang baju
Tough betul laluan kat sini....
Baru tau ka? he3


Nampak tu,... teruk ke?




Garnett, Ah Chai & Matte



Walau macamana pun sukarnya laluan kali ini, kami semua telah berjaya mengharunginya dengan selamat dan berjaya keluar melalui jalan Theresa Dobby, kat Sungai Menghulu.
Kayuhan kali ini telah menambahkan lagi keyakinan kami dalam menuruni kawasan berbukit dengan teknik-teknik yang betul dan selamat.
Terima kasih kepada semua..... kami akan ke sana lagi.................