Saturday, June 27, 2009

Geng Baru.......

Trip kali ini aku diserta geng baru, Bidi. Dia baru saja membeli sebuah basikal dan mula menyertai aktiviti yang sama dengan aku. Trip kali ini hanya sekitar Kuah, di mana aku sekadar menemani Bidi untuk berlatih dan membiasakan diri dengan basikalnya itu. Aku berharap selepas ini ada lagi member-member lain yang akan menyertai geng kami ini.
Kawasan : Bukit Beringin, Kuah.



Nampak tak dok kayuh dari jauh tu, naik bukit





Inilah orangnya, Bidi, dah jadi geng aku.





Pemandangan dari Bukit Beringin, cantiknya...





Penghuni-penghuni Bukit Beringin sedang berehat.




Kat bukit ke Westin Resort. Nampak tak laut kat
bawah sana




CORRATEC aku lepas sampai atas Bukit Beringin







Ni la tuan dia.

Harap-harap lepas ni ada lagi kawan-kawan nak join geng kami ni.

Sunday, June 21, 2009

Round Langkawi lagi....

Hari Sabtu, 20 Jun, 2009, sekali lagi aku berjaya mengayuh CORRATEC ku mengelilingi Langkawi, walaupun bukan keliling yang sebenar. Seperti dulu jugak, Aku kayuh bermula dari bandar Kuah, melalui Kilim, Air Hangat, Pasir Hitam dan Ewa.

Selepas rehat sekejap kat Telaga Harbour Park, aku terus kayuh melalui Teriang dan singgah sekejap di Padang Matsirat, memenuhi pelawaan seorang kawan untuk minum-minum.

Dari Padang Matsirat, aku kayuh melalui Pantai Chenang, Temoyong dan Kedawang sehinggalah sampai semula kat Kuah.

Malangnya, MMC card kamera aku buat hal pulak. Cuma 4 gambar saja yang mampu aku ambil.




Kat Pantai Teluk Yu, Pasir Hitam, bersama CORRATEC ku.





Pantai Teluk Yu, Pasir Hitam






Depan Sekolah Kebangsaan Ewa.



Sekali lagi kat Telaga Harbour Park.

























Thursday, June 11, 2009

Bukit Malut lagi....

Kali kedua trip kayuhan melalui Bukit Malut yang mencabar itu sehingga ke Temoyong dan Kedawang. Cuma pada trip kali ini aku tidak ke Chenang.

Route : Kuah - Bukit Malut - Temoyong - Kedawang - Kuah.


Ini adalah selat di antara Pulau Langkawi dan Pulau Dayang Bunting. Yang nampak jauh tu Pulau Dayang Bunting la.


Nampak tak kapal-kapal dan feri-feri. Ini Kompleks Pelabuhan Tanjung Lembung, bahagian servis kapal dan bot.


Kat hadapan Kompleks Pelabuhan Tanjung Lembung





Kat depan Kompleks Pelabuhan Tanjung Lembung jugak.





Depan Kompleks Tentera laut Diraja Malaysia (Navy) Zon 3, Bukit Malut.




Beriadah sambil menikmati keindahan bumi ku.

Friday, June 5, 2009

Round Langkawi

Hari ini dalam sejarah. Aku telah berjaya pusing Langkawi. Bermula dari Kuah, aku kayuh melalui Kilim, Air Hangat, melalui Pasir Hitam, Ewa sampai ke Telaga Harbour Park. Dari Telaga Harbour Park, aku kayuh melalui Teriang, Padang Matsirat hinggalah sampai Kuah semula. Bangganya aku kerana semuanya aku lakukan secara SOLO.





Inilah kedai aku singgah minum masa rehat sekejap kat roundabout Air Hangat.






Kat depan Pusat Kraftangan Langkawi.


CORRATEC aku di pantai Pasir Hitam.






Ni muara kat Telaga Harbour Park.



Kat Telaga harbour Park




Bangganya aku....














Semakin mencabar.

Aku telah mempunyai lebih keyakinan untuk kayuh ke tempat yang lebih jauh dan lebih mencabar. Dengan itu aku mencuba merentasi laluan Bukit Malut ke Chenang.

Route : Kuah - Bukit Malut - Temoyong - Chenang - Kuah.




Pemandangan laut dari jalan Bukit Malut.

Cantikkan pemandangan kat belakang sana?


Ni kat depan Navy (TLDM) base.


Indahnya pemandangan




Berhenti rehat kat Chenang sekejap.



Jauh sikit lagi.

Kali ni aku bertambah yakin yang aku boleh kayuh lebih jauh.
Route : Kuah - Padang Matsirat - Chenang - Temoyong - Kedawang - Kuah.



Masa rest kat roundabout Padang Matsirat.




Ni la aku, he.. he.. he


Kat depan MIEC. (Mahsuri International Exhibition Centre)



Jauh sikit....

Kali ni, aku mula kayuh agak jauh la sikit sebab aku rasa jemu dah kayuh kat area Kuah saja. Tapi malu la. Tak la jauh mana pun tengok lah sendiri. Macamanapun, aku tetap bangga dengan apa yang aku boleh buat.
Route : Kuah - Pemandangan Indah - Makam Mahsuri -Mata Air-Kuah.
Rest sekejap kat depan SK Bayas.
Persimpangan Ulu Melaka
CORRATEC aku masa rest kat Pemandangan Indah.
Masa lalu Jalan Makam Mahsuri - Mata Air

Depan Pusat Pertanian Mata Air.

















Basikal Ku

Memandangkan umur telah menjangkau 40 tahun, aku akhirnya sedar bahawa pada umur inilah kita selalunya diserang pelbagai penyakit, contohnya diabetis, jantung dan macam-macam lagi. Eeee... seram dan takut jugak dibuatnya,

Maka langkah pertama aku,





Aku belilah sebuah basikal, CORRATEC X-Vert 0.4.



Bersama tu, aku beli jersey, shorts, gloves & helmet. Tak lupa, cermin mata. Nampak macam pro.




Ni lah CORRATECH aku.









Aku lah ni, Jimi.



Aku pun mulalah mengayuh CORRATEC aku ni. Mula-mula area yang dekat-dekat dulu la. Lepas tu jauh sikit.


CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN PENGGAL I (Mac 2009)
Cuti sekolah bulan mac lalu, aku balik kampung kat Kangar. Tak lupa, aku bawak balik juga CORRATEC aku. Dari jeti Kuala Perlis, aku kayuh sampai Kangar. Jarak paling jauh aku la pada masa tu, he... he.... he.
Kat Kangar, aku tumpang join GENG NAGA, yang terdiri dari Azril, Rizal dan Khairil. Aku ikut Geng Naga ni kayuh dari Kangar sampai...... tengok la sendiri.