Sunday, June 21, 2009

Round Langkawi lagi....

Hari Sabtu, 20 Jun, 2009, sekali lagi aku berjaya mengayuh CORRATEC ku mengelilingi Langkawi, walaupun bukan keliling yang sebenar. Seperti dulu jugak, Aku kayuh bermula dari bandar Kuah, melalui Kilim, Air Hangat, Pasir Hitam dan Ewa.

Selepas rehat sekejap kat Telaga Harbour Park, aku terus kayuh melalui Teriang dan singgah sekejap di Padang Matsirat, memenuhi pelawaan seorang kawan untuk minum-minum.

Dari Padang Matsirat, aku kayuh melalui Pantai Chenang, Temoyong dan Kedawang sehinggalah sampai semula kat Kuah.

Malangnya, MMC card kamera aku buat hal pulak. Cuma 4 gambar saja yang mampu aku ambil.




Kat Pantai Teluk Yu, Pasir Hitam, bersama CORRATEC ku.





Pantai Teluk Yu, Pasir Hitam






Depan Sekolah Kebangsaan Ewa.



Sekali lagi kat Telaga Harbour Park.

























No comments:

Post a Comment