Saturday, August 1, 2009

Round Langkawi III

Hari ini, hari pertama bulan Ogos 2009. Sekali lagi aku telah berjaya membuat kayuhan solo mengelilingi Langkawi. Kali ini jarak yang dilalui lebih jauh berbanding dengan kayuhan mengeliling Langkawi yang lalu.



Pada kayuhan kali ini, seperti biasa aku bermula dari Kuah, ke Ayer Hangat.


Kat Air Hangat. Di restoren seorang makcik yang baik.


Aku singgah sekejap di Pantai Teluk Yu, tempat yang aku mesti singgah setiap kayuhan mengelilingi Langkawi.





Posing kat Pantai Teluk Yu


Dari situ aku meneruskan kayuhan melalui Ewa ke Telaga Harbour Park. Dari Telaga Harbour, aku meneruskan kayuhan ke Pantai Kok, terus ke Berjaya Resort yang mana terdapat Pintu Masuk ke Kereta kabel Langkawi. Dari situ, aku terus mengayuh hingga ke Kelab Kuda Langkawi.

Ke Kelab Kuda Langkawi, Kereta Kabel dan Telaga Tujuh.


Tetapi, dalam kayuhan kali ini aku terpaksa menghadapi hujan sebanyak 4 kali dan yang paling lebat semasa menghampiri Telaga Harbour Park sehingga aku terpaksa berhenti untuk berlindung di situ.
Telaga Harbour Park - Berteduh dari hujan lebat.


Aku berpatah balik terus mengayuh ke Kuala Teriang melalui kawasan lereng bukit yang mana kita boleh melihat pantai dan laut yang indah di bawahnya. Dari Kuala Teriang, aku mengayuh ke Pantai Chenang, terus melalui Temoyong, Kedawang dan akhir sekali sampai di Kuah.

No comments:

Post a Comment