Wednesday, August 12, 2009

Kesegaran Alam..(Geng Baru Lagi)

Kali ini aku nak menceritakan pengalaman kali pertama aku dan geng aku berkayuh memasuki kawasan kampung dan hutan. Pada trip kali ini, kami berkayuh melalui beberapa buah kampung di pinggir bandar Kuah sehingga ke perkampungan KEDA. Berhampiran perkampungan KEDA, kami memasuki satu jalan kecil yang merentasi kawasan berhutan dan melintasi 2 buah anak sungai. Bagi aku, Bidi, Mat, Zainol dan seorang lagi geng baru kami, iaitu Hashim. Dalam trip ini, Hashim turut membawa kami ke dusun beliau dan menikmati buah-buahan yang lazat di sana.

Lokasi : Perkampungan pinggir Kuah - Perkampungan KEDA - Kampung Kisap -
Ladang Sungai Raya - Kuah.





MTB geng baru kami, Hashim. Hari tu beli, hari tu terus kayuh.



Zainol dan Bidi sedang menikmati rambai.

Hashim sedang melayan tetamu.


Kami bersama geng baru, Hashim (kiri sekali)
kat kebun beliau.






Saksikan video clip trip kami kali ini.


No comments:

Post a Comment