Sunday, August 30, 2009
Kayuhan Merdeka 2009 Gerekthon Langkawi
Wednesday, August 12, 2009
G7 & Padang Matsirat
Tiba kat Persimpangan Perana - Ulu Melaka.
Rehat sebentar, ambik nyawa, sebelum mendaki kat Pemandangan Indah,
Bukit Chengkuan.
Kat Persimpangan Padang Matsirat - Pantai Chenang.
Dok ambik gambar orang lain saja, ambik gambar sendiri pulak la.
Tengok la sebaris MTB kat kawasan pandai berdekatan dengan airport Langkawi,
buat setting sikit.
Antara ahli G7, dua orang sedang menghantar laporan kat HQ mereka.
Bidi sedang melambai gembira, Zainol sedang mengejar dari belakang.
Aktiviti terakhir trip ni, berenti kat restoren, makan-makan & minum-minum la.
Relaks..... Cuba Uji Diri Sendiri.
MTB - MTB GENG KAMI
Tuan MTB ni ialah AAAAAA.
Tuan MTB ni : BBBBBBB.
Tuan MTB ni : CCCCCCC.
Tuan MTB ni : DDDDDDDD
Tuan MTB ni : TTTTTTT
Kesegaran Alam..(Geng Baru Lagi)
Lokasi : Perkampungan pinggir Kuah - Perkampungan KEDA - Kampung Kisap -
Kami bersama geng baru, Hashim (kiri sekali)
kat kebun beliau.
Wednesday, August 5, 2009
Peningkatan Yang Menggalakkan
Kami memulakan kayuhan di Stesen Petronas, Jalan Air Hangat. Sebelum memulakan kayuhan, Ridzuan yang juga seorang pakar dalam bidang perbasikalan ini telah memeriksa setting basikal yang telah lama tidak dikayuh.
Dari Stesen Petronas tersebut, kami berkonvoi hingga ke Bukit Tekuh dan berpatah balik ke Kuah.
Tengokla MTB kami, bersusun-susun. Ni masa berenti minum la.
Saturday, August 1, 2009
Round Langkawi III
Pada kayuhan kali ini, seperti biasa aku bermula dari Kuah, ke Ayer Hangat.
Aku singgah sekejap di Pantai Teluk Yu, tempat yang aku mesti singgah setiap kayuhan mengelilingi Langkawi.
Dari situ aku meneruskan kayuhan melalui Ewa ke Telaga Harbour Park. Dari Telaga Harbour, aku meneruskan kayuhan ke Pantai Kok, terus ke Berjaya Resort yang mana terdapat Pintu Masuk ke Kereta kabel Langkawi. Dari situ, aku terus mengayuh hingga ke Kelab Kuda Langkawi.
Tetapi, dalam kayuhan kali ini aku terpaksa menghadapi hujan sebanyak 4 kali dan yang paling lebat semasa menghampiri Telaga Harbour Park sehingga aku terpaksa berhenti untuk berlindung di situ.
Aku berpatah balik terus mengayuh ke Kuala Teriang melalui kawasan lereng bukit yang mana kita boleh melihat pantai dan laut yang indah di bawahnya. Dari Kuala Teriang, aku mengayuh ke Pantai Chenang, terus melalui Temoyong, Kedawang dan akhir sekali sampai di Kuah.